Oct 09
Istilah Hari Ini – Kambing hitam
Comments Offkambing hitam
orang yg dipersalahkan dlm sesuatu kejadian;
mengambinghitamkan
mempersalahkan seseorang dlm sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll).
Contohnya: Ramli kesal kerana dia telah dijadikan kambing hitam setelah projek kumpulan mereka gagal dilaksanakan.
dasawarsa
masa sepuluh tahun, dekad:
Contohnya:
- Sudah satu dasawarsa Kamal meninggalkan keluarganya tanpa khabar berita.
- Syarikat itu akan mengadakan perayaan dasawarsa sempena sepuluh tahun menjalankan perniagaannya.
mitos
- cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb;
- cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng;
(Sumber: Kamus Dewan, edisi ke-4)
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.