Disiarkan semula dari: http://pkukmweb.ukm.my/~myahya/ISGOF95.htm
Peristilahan dalam Sukan Golf oleh Muhammad Yahaya Pusat Pengajian Siswazah
UKM

Permainan golf yang bermula semenjak abad ke-15 di Scotland kini telah menular
ke seluruh dunia. Di Malaysia sahaja dianggarkan ada 300 padang golf dan kadar
pertumbuhan setiap tahun sekitar 5%. Permainan ini bukan lagi dimonopoli oleh
golongan elit atau golongan diRaja. Hampir seluruh lapisan masyarakat dari
murid sekolah hingga pesara meminati permainan golf.

Universiti Kebangsaan, Universiti Pertanian dan Universiti Utara telah mempunyai
padang golf di dalam kampus. Golf telah dimasukkan dalam ko-kurikulum dan
ramai pelajar yang menjadi “kedi” sebagai pendapatan sampingan.

Selama ini komunikasi dalam permainan golf adalah dalam Bahasa Inggeris.
Di padang golf istilah seperti “keddy”, “hole”, “stroke”, selalu digunakan
dan semua pemain walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris begitu lancar menggunakan
istilah di atas. Dalam makalah ini kita akan memadankan istilah ini dengan
harapan permainan golf menjadi lebih selesa dan sebudaya dengan masyarakat
Malaysia.

Padang golf yang luasnya melebihi 50 ekar, biasanya mempunyai 18 lubang berjarak
5 – 6 meter antara satu dengan lain. Kawasan antara tempat pukul dan lubang
disebut “fairway” atau “lintasan”. Berbeza dengan tenis atau hoki, yang hanya
mempunyai satu pemukul; golf mempunyai 14 pemukul yang disebut kayu atau besi
atau juga “klub” sahaja, yang paling panjang dinamakan “driver” kerana istilah
ini sudah biasa digunakan, maka “driver” disebut “driver” juga. Besi yang
paling pendek dinamakan “sand wedge”, khusus untuk memukul bola bila masuk
dalam perangkap pasir iaitu “bunker”. Istilah yang sesuai ialah “penyapu pasir”.

Pemukul untuk pukulan pendek dinamakan “wedge” atau “penyapu”. Kemudian “putter” (puter)
untuk memukul bola yang berada dalam “green”. “Putting” diistilahkan sebagai “puting” dan
green adalah “gren”. Hijau boleh juga digunakan di sini tetapi kerana hijau
lebih kepada sifat, “gren” dikekalkan. Jangan lupa kita juga ada “oren” untuk
minuman juga untuk warna.

Pemain golf biasanya mengambil “keddy” untuk membantu membawa beg dan memungut
bola. “Keddy”, istilah yang sesuai ialah “kedi”. Pemain golf yang pandai disebut “pro”.
Pro adalah pemain yang handikapnya 0. “Handikap” adalah ukuran kepandaian
seorang pemain, bermula dengan 24 hingga 0; bagi wanita 36 hingga 0. Pemain
yang dapat membuat satu pukulan untuk memasuki lubang dinamakan “hole in one” atau “lubang
sekali pukul”. Mungkin istilah ini kurang sesuai, yang dimaksudkan ialah “pukul
sekali masuk lubang”.

Permainan golf melibatkan fahaman fizik dan daya konsentrasi. Kelajuan bola
yang dipukul bergantung pada

    • Kelajuan ayunan pemukul
    • Sudut kayu dan pola
    • Permukaan hentaman
    • Arah hentaman

Tidak hairan misalnya ramai pemain yang telah bertahun-tahun berkecimpung dalam
golf handikapnya masih tinggi kerana aspek di atas tidak diberi perhatian.

“Fairway” diterjemahkan sebagai “lintasan”. Ada bahagian lapangan yang sukar
seperti “water hazard” (halangan air), “pond” (kolam). Pemain selalu juga
mencangkol tanah semasa memukul bola dan membuat lubang di tanah yang dinamakan “divot”.

Permainan golf dimainkan menurut kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada
4 orang yang dinamakan “1 flight”, atau “kapal”. Pemain yang memukul bola
dahulu dikatakan mempunyai “honour” atau “kehormatan”. Sekali pukulan dinamakan
satu stroke, objektif dalam golf adalah mendapatkan pukulan yang paling sedikit
untuk memasukkan bola di dalam lubang. Ukuran piawai setiap lubang dinamakan “par”.
Par – 3 bererti biasanya 3 pukulan untuk memasukkan bola ke dalam lubang.
Begitu juga Par – 4, Par 5. Bagi Par – 4, pukulan yang kurang daripada 4,
atau hanya 3 pukulan dinamakan “birdie” – atau “burung”.

Bola yang dipukul dan menuju di luar kawasan dikatakan OB yang bererti “Out
of Bound” atau “luar kawasan”. Pemain yang baru selalu memukul bola tidak
tepat atau dikatakan “topping” – “atas”. Bila kedudukan bola sukar untuk dipukul
seperti pada celah pokok, celah pagar, pemain dapat mengubah bola tersebut.
Ini dikatakan “take a drop”, atau “pindah bola”.

Pemain golf yang mahir biasanya mempunyai “grip” (pegangan) yang kukuh “stance” (kedudukan)
yang sesuai dan “swing” (ayunan) yang baik.

Kononnya golf lebih melibatkan interaksi sosial daripada latihan jasmani.
Semasa berjalan sejauh 4 km untuk melengkapi 9 lubang, berbagai cerita dan
jenaka dipertuturkan dalam satu “kapal”. Namun, aspek yang terpenting dalam
golf adalah etika. Tidak ada pengadil yang khusus, pemain menguji kebolehan
dirinya sendiri.

Senarai Kamus Istilah

  • Handicap – Handikap; ukuran kebolehan pemain
  • Tee – Penyangga (atau Te)
  • Flag-stick – Bendera penunjuk 
  • Chip – Cip; pukulan pendek ke arah green
  • Back spin – Spin belakang;
  • Pin – Pin; penunjuk pada lubang
  • Ace – Ais; pukulan terbaik, sekali pukul masuk lubang; juga disebut “hole
    in one”
  • Bogey – Bogi; lubang yang diselesaikan dengan 1 pukul atas par
  • Divot – Divot; Serpihan tanah selepas pukulan
  • Draw – Draw; Spin pada bola yang menyebabkan bola bergerak ke kiri
  • Eagle – Lubang yang diselesaikan dengan 2 pukulan bawah par-5
  • Fade – Fed; Spin pada bola yang menyebabkan bola bergerak ke kanan
  • Fairway – Lintasan; kawasan antara tee dan green
  • Free-drop – Jatuh bebas; bola dialihkan tanpa dikenakan penalti
  • Hazard – Penghalang; halangan dalam lintasan
  • Hole – Lubang; lubang berjejari 4.5 in dalam gren
  • Hook – Hok; pukul yang melintas dari kanan ke kiri
  • Local rules – Aturan setempat; peraturan untuk kawasan tertentu
  • Pitch – Pitch; Pukulan yang melambung tinggi dekat gren
  • Slice – Slais; pukulan yang menyebabkan bola bergerak dari kiri ke kanan
  • Score card – Kad skor; kad untuk merekod jumlah pukulan
  • Stroke – Pukulan; pukulan pada bola
  • Stroke – play – Main pukulan; sistem menang pukul
  • Ground under - GUR; maklumat padang sedang dibaiki repair (GUR)
  • Bunker – Bunker; perangkap pasir di keliling gren atau pada lintasan
  • par – par; nilai setiap lubang berdasarkan kedudukan, panjang dan kesukaran
  • Albatros – albatros; lubang yang diselesaikan dengan 3 pukulan dibawah
    par

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.