san raphael iceberg
Photo credit: VinceHuang

ada akal
memiliki idea

ada bakat
berkebolehan, berkeupayaan

ada hati
ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan atau memiliki sesuatu

ada jalan
mempunyai cara untuk melakukan sesuatu

ambil berat

  • memberikan perhatian atau menumpukan perhatian dengan sepenuh hati
  • mengambil tahu tentang sesuatu

ambil hati
berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

anak emas
orang yang sangat disayangi

baik budi
berperangai mulia dan mempunyai peribadi yang baik

berat sebelah

  • tidak adil
  • menyebelahi satu pihak

besar hati
perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan

buah tangan
barang yang dibawa sebagai hadiah

campur tangan
masuk campur dalam sesuatu urusan

cari jalan
berikhtiar mengatasi masalah ataupun mencari peluang meneruskan sesuatu yang dirancangkan

hati emas
sangat baik hati

hidung tinggi
sombong

ikat perut

  • lokek atau kedekut
  • mengurangkan makan kerana hendak berjimat

jaga mulut
hati-hati apabila bercakap

jalan tengah
tidak berat sebelah atau tidak memihak kepada sesiapa

keras hati
sangat degil

lepas tangan

  • tidak mahu mengambil tahu
  • tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara

lurus akal
jujur

membawa nasib
mencari penghidupan di tempat lain

muka tembok
tidak tahu malu

murah hati
suka memberikan bantuan

orang tengah
pendamai antara dua pihak

ringan mulut
peramah/mudah menyatakan pendapat

ringan tulang
rajin bekerja

tajam akal
cepat menerima pelajaran

tanda mata
hadiah yang diberikan sebagai kenangan

tolak ansur

  • bersefahaman
  • saling memberi

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.