Derek Sivers: How to start a movement
Comments OffTranslated into Malay by Rudy Herman Sinen
Tuan-tuan dan puan-puan di TED kita banyak berbicara mengenai kepimpinan dan bagaimana memulakan sebuah gerakan. Mari kita tonton sebuah gerakan yang sedang terbentuk, dari mula sampai akhir, dalam kurang tiga minit dan ambil iktibar daripadanya.
Pertama, tentu anda tahu, seorang pemimpin perlu berani untuk menonjolkan diri dan diperkecilkan. Tetapi apa yang sedang dia buat mudah untuk diikut. Ini dia pengikut pertamanya yang memikul peranan penting. Dia akan tunjukkan kepada orang lain bagaimana untuk mengikut.
Sekarang, perhatikan pemimpin itu memeluknya sebagai tanda setaraf. Jadi, sekarang bukan lagi mengenai pemimpin itu; ia mengenai mereka, secara jemaah. Sekarang, lihat itu, dia memanggil kawan-kawannya. Sekarang, jika anda perasan, pengikut yang pertama
sebenarnya ialah bentuk kepimpinan yang tidak boleh diremehkan. Ia perlukan keberanian untuk menjadi terserlah seperti itu. Pengikut yang pertama yang menjadikan seseorang “tidak waras” itu menjadi pemimpin. (Ketawa) (Tepuk tangan)
Nampaknya pengikut kedua menyertai mereka. Sekarang bukan seorang, bukan dua orang, tetapi tiga orang dan tiga orang sudah ramai. Jadi, sebuah gerakan mesti berada di khalayak umum. Adalah penting, bukan sahaja menonjolkan pemimpinnya, tetapi juga pengikutnya sebab anda dapati pengikut yang baru akan mencontohi pengikut, bukan pemimpinya.
Sekarang, dua orang lagi datang dan sejurus selepas itu, tiga orang lagi. Kini kita sudah ada momentum. Inilah detik penentuya. Kini sebuah gerakan telah wujud. Perhatikan, semakin ramai orang menyertainya, semakin kurang risikonya. Mereka yang berkecuali sebelum ini, kini tidak ada alasan lagi untuk tidak ikut. Mereka tidak akan terserlah. Mereka tidak akan diejek. Tetapi mereka boleh jadi sebahagian dari khalayak “yang popular” jika mereka cepat. (Ketawa) Jadi, dalam beberapa minit lagi anda dapat lihat mereka yang masih bersama-sama khayalak sebab akhirnya mereka akan diejek kerana tidak ikut serta. dan begitulah bagaimana anda memulakan sebuah gerakan.
Mari kita imbas kembali iktibar dari peristiwa ini. Pertama, jika anda jenis orang, seperti lelaki yang menari seorang diri tanpa baju itu, ingatlah pentingnya memupuk beberapa orang pengikut awal anda supaya setaraf dengan anda supaya jelas tujuannya ialah mengenai gerakan itu, dan bukan anda. Okey, tetapi mungkin kita terlepas pandang iktibar yang sebenar di sini.
Iktibar yang terbesar, jika anda perasan — anda dapat saksikan — ialah kepimpinan sesuatu yang terlampau diagung-agungkan, memang betul, lelaki tanpa baju itu orang yang pertama, dan dia patut mendapat pujian, tetapi hakikatnya pengikut yang pertama itulah yang menjadikan lelaki keseorangan itu menjadi seorang pemimpin. Jadi, dalam masa kita semua digesa menjadi pemimpin, ia tidak akan mendatangkan kesan,
Jika anda berazam mahu memulakan sebuah gerakan, beranikan diri untuk mengikuti dan menunjukkan orang lain bagaimana menjadi pengikut. Bila anda jumpa orang yang melakukan sesuatu yang hebat seorang diri, beranikan diri untuk menjadi orang yang pertama ke depan dan bersama-samanya. Dan tempat yang paling sesuai untuk melakukannya ialah di TED.
Terima kasih. (Tepuk tangan)
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.