Murray Gell-Mann on the ancestor of language
Comments OffTranslated into Malay by Rudy Herman Sinen
Murray Gell-Mann membicarakan perihal leluhur bahasa
Saya terlibat dalam kajian-kajian selain fizik. Malah, kebanyakannya kini dalam hal-hal yang lain.
Satu perkara ialah mengenai kaitan di antara bahasa-bahasa manusia. Ahli bahasa profesional dan sejarawan bahasa di Amerika Syarikat dan di Eropah Barat kebanyakannya cuba menjauhkan diri dari sebarang kaitan jarak jauh; perkumpulan yang besar, perkumpulan yang kembali ke zaman dahulu, lebih lama daripada keluarga-keluarga biasa. Mereka tidak suka begitu; mereka fikir itu karut, Saya tidak fikir ia karut. Dan ada juga ahli bahasa yang pintar, kebanyakannya orang Rusia, yang bekerja di Institut Santa Fe dan di Mosko, saya berminat untuk melihat apa hasilnya.
Apakah ia menjurus kepada satu keturunan kira-kira 20, 25,000 tahun yang lalu? Bagaimana jika kita susur lebih lama sebelum keturunan yang satu itu, di mana dikatakan terdapat persaingan di antara banyak bahasa? Berapa lama sebelum itu ia terjadi? Berapa lama sebelum itu bahasa moden tercipta? Berapa puluh ribu tahun sebelumnya ia tercipta?
Chis Anderson: Apakah rasa hati atau harapan anda mengenai jawapannya?
Murray Gell-Mann: Saya agak bahasa moden seharusnya lebih tua daripada lukisan di gua dan goresan di gua dan ukiran di gua dan bekas tapak kaki penari di tanah liat lembut di gua di Eropah Barat. semasa Zaman Aurignacian kira-kira 35,000 tahun lalu atau lebih awal dari itu. Saya tidak percaya mereka lakukan semua itu tetapi tidak ada bahasa moden. Saya agak asal sebenarnya bermula sekurang-kurangnya seawal itu atau mungkin lebih awal.
Tetapi bukan bererti semua atau banyak atau kebanyakan bahasa yang diperakui kini tidak berasal dari satu bahasa yang lebih baru daripada itu, katakanlah 20,000 tahun, atau yang seperti itu. Ia apa yang dipanggil sebagai cerutan.
CA: Mungkin, pendapat Philip Anderson itu benar. Anda mungkin tahu lebih banyak mengenai semua perkara lebih dari orang lain. Sesungguhnya ia satu penghormatan. Terima kasih Murray Gell-Mann. (Tepuk tangan)
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.