Kekata Angin – Seerti, Puisi, Peribahasa

Comments Off

Angin

Seerti:

  • udara
  • arus udara
  • bayu
  • hawa
  • monsun
  • ribut
  • badai
  • taufan
  • puting beliung
  • hurikan
  • siklon
  • tornado
  • pawana
  • wayu

Puisi

Angin bukan sebarang angin, 
Angin menyusur daun kayu;
Nyanyi bukan sebarang nyanyi,
Nyanyi menghibur hatiku rindu.

Angin bertiup lautan bergelombang,
Di tengah lautan kapal berlabuh;
Diharap keluarga tak usahlah bimbang,
Doakan sakit segera sembuh.

Angin bertiup bercampur embun,
Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
Sudah mati selesai kapan.

Angin barat bertiup lembut,
Bertiup pagi sampai petang;
Di mulut naga lagi kurebut,
Inikan pula di tangan orang.

Peribahasa

  • Laksana layang-layang melawan angin = Pebuatan yang sia-sia. 
  • Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air. = Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
  • Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. = Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.
  • Angin bersiru, ombak bersabung. = Perkara yang amat sulit. 

 

Rujukan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Peribahasa: Mencari

Comments Off

Laksana mencari sungai yang tiada berhulu.
Berpenat lelah dengan sia-sia saja.

Mencari jejak dalam air.
Pekerjaan yang sukar dan sia-sia.

Mencabik mudah, menjahit susah.
Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah.

Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.
Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik.

Korek lubang ulat.
Sengaja mencari perselisihan.

Mengusir asap, meninggalkan api.
Mencari sesuatu yang kurang penting, meninggalkan yang lebih penting.

Dalam rumah membuat rumah.
Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka

Istilah Inggeris-Melayu

Comments Off

Northeast monsoon: Monsun Timur Laut
Southwest moonsoon: Monsun Barat Daya
Inter-monsoon: Peralihan Monsun
Sumatra squall: Garis Badai Sumatra
Monsoon surge: Luruan Monsoon

Dari Kamus Dewan: kemuncak, mercu, tanda tempat

Comments Off

pinnacle
n 1. highest point, mercu, puncak, kemuncak: he is at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya;
2. any natural pointed formation, /mercu, puncak, kemuncak/ (approp n): a tall rock ~, puncak batu yg tinggi; the snow-covered ~ in the distance, mercu gunung yg dilitupi salji di kejauhan;
3. any slender upright structure, /mercu, puncak, kemuncak/ (bangunan): a square tower surmounted by four ~s, menara empat segi yg mempunyai empat kemuncak.

landmark
n 1. prominent feature of a landscape, tanda tempat;
2. outstanding event, discovery, peristiwa penting: the French revolution was a ~ in European history, revolusi Perancis merupakan satu peristiwa penting dlm sejarah Eropah.

Pantun Nasihat

Comments Off

Air surut memungut bayam,
Sayur diisi di dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Limau manis dua serangkai,
Lalu dicuri si anak Cina;
Mulut manis jangan dipakai,
Saya sendiri sudah terkena.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Pantun Berbuat Baik

Comments Off

Air pasang dayung sampan
Angin turun baik layarkan
Tahu makan tahu simpan
Rahsia jangan tuan khabarkan

Anak dara menumbuk pandan
Membuat kuih hidangan kenduri
Ilmu yang baik jadikan teladan
Segala yang buruk letak ke tepi

Gunung di laut berentang jati
Kota di Daik saya pagarkan
Hidup kita lawannya mati
Nama yang baik kita tinggalkan

Pada beri baik jangan
Budak bodoh buat teman
Kalau takut luka di tangan
Tak boleh petik bunga di taman

Saya dahulu duduk di Luku
Di kaki bukit keladi tumbang
Mana tempat abang nak malu
Rupa baik perangai kurang

Baiklah baik berjalan-jalan
Kalau takut bawalah teman
Alangkah merpati berpasang-pasangan
Mengapa orang tidak berkawan

Beli kain buat purdah
Mana yang baik bolehlah dipilih
Disangka langit itu rendah
Dipandang dekat dicapai tak boleh

(Sumber: Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia)

Kata Seerti – gadai, jenaka, ramal, megah

Comments Off

ramal
jangka, duga, agak, anggar

ramas
adun, gaul, uli

ramah
mesra, suka

rakam
catat, rekod, salin

gadai
cagar, pajak, sandar

gabung
cantum, bersatu, berpadu

iring
damping, temani

isyarat
tanda, alamat, gejala

jenaka
gurau, kelakar, lawak, lucu

megah
angkuh, bongkak, bangga, sombing

keadaan
suasana, sekitaran, situasi, lingkungan

surat
lembaran, warkah, memo

Penjodoh Bilangan – biji, bilah, buah

Comments Off

biji
jenis buah-buahan dan benda yang bulat
Contohnya: semangka, epal, batu, bintang, telur, bola

bilah
benda yang tajam dan runcing
Contohnya: pisau, pedang, keris, lembing

buah
benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan
Contohnya: rumah, kereta, bukit, negara, kerusi, basikal

buku
benda yang berbongkah kecil-kecil
Contohnya: sabun, roti, benang

butir
benda yang kecil bulat
Contohnya: beras, intan, kelapa, peluru, mutiara

cebis
benda yang sudah dipotong kecil-kecil
Contohnya: kertas, kain

cekak
benda yang dipegang secara mencekak
Contohnya: daun sirih, benih padi

cubit
benda yang diambil sedikit sahaja
Contohnya: daging, gula, nasi

Istilah Hari Ini – Kambing hitam

Comments Off

kambing hitam
orang yg dipersalahkan dlm sesuatu kejadian;

mengambinghitamkan
mempersalahkan seseorang dlm sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll).

Contohnya: Ramli kesal kerana dia telah dijadikan kambing hitam setelah projek kumpulan mereka gagal dilaksanakan.

dasawarsa
masa sepuluh tahun, dekad:

Contohnya:
- Sudah satu dasawarsa Kamal meninggalkan keluarganya tanpa khabar berita.
- Syarikat itu akan mengadakan perayaan dasawarsa sempena sepuluh tahun menjalankan perniagaannya.

mitos

  1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb;
  2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng;

(Sumber: Kamus Dewan, edisi ke-4)

Penjodoh Bilangan: baris, batang, bentuk, berkas, bidang

Comments Off

baris
benda yang berbaris atau manusia yang beratur
Contoh: ayat, kedai, pokok, tulisan, orang

batang
benda yang lurus, panjang dan keras
Contoh: tiang, jalan, gigi, sungai, pensel, rokok, jari

bentuk
benda yang kecil berbentuk lengkung
Contoh: cincin, mata kail

berkas
benda yang diikat atau disusun
Contoh: lidi, kayu, pensel, buluh

bidang
benda yang lebar, luas dan rata
Contoh: tanah, kain, ladang

keep looking »
Easy AdSense by Unreal
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline